1. Ibadah adalah kebahagiaan Kesolehan adalah keberhasilan, dan Siapa yang terus berzikir, sentiasa Beristighfar dan memperbanyak doa, Maka ia adalah seorang Hamba Allah yang soleh.
2. Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda.
3. Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepatkan datangnya kesusahan dan kesedihan.
4. Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan. Sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil.
5. Wanita yang cantik lagi takwa, rumah yang luas, rezeki yang mencukupi dan tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.
6. Kemampuan melupakan hal-hal yang tidak disenangi adalah suatu nikmat, mengingat nikmat-nikmat adalah kebaikan, dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan.
7. Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam, bekerja lebih nikmat daripada menganggur, qanaah lebih bernilai daripada harta, dan kesihatan lebih baik daripada kekayaan.
8. Bersendiri itu lebih baik daripada kawan yang jahat, dan kawan yang soleh lebih baik daripada bersendirian, uzlah adalah ibadah, sementara berfikir adalah ibadah dalam bentuk yang lain.
9. Beruzlah adalah kerajaan berfikir, terlalu banyak bergaul adalah bodoh, menggantungkan diri kepada manusia adalah tindakan yang keliru, dan memusuhi mereka adalah tindakan tidak bermanfaat.
10. Perilaku buruk adalah azab, kedengkian adalah racun, ghibah adalah kehinaan, dan mencari-cari kesalahan adalah kerugian.
11. Mensyukuri nikmat akan menghapuskan bencana, meninggalkan dosa adalah kehidupan hati, dan mengalahkan nafsu adalah kelazatan orang-orang besar.
12. Sepotong roti kering dalam keamanan itu lebih lazat daripada madu dalam ketakutan. Tinggal di khemah tetapi terjaga dari fitnah itu lebih baik daripada tinggal di istana yang penuh fitnah.
13. Kebahagiaan ilmu pengetahuan itu bersifat tetap, keagungannya kekal, namanya selalu dikenang, sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap, keagungannya akan hilang, dan namanya segera dilupakan.
14. Gembira dengan dunia adalah kegembiraan kegembiraan kanak-kanak, gembira dengan keimanan adalah kegembiraan orang-orang abrar, berkhidmat kepada harta adalah hina, dan beramal kepada Allah adalah kemuliaan.
15. Kepedihan dalam mencapai cita-cita adalah nikmat, keletihan dalam mewujudkan obsesi adalah ketenangan, peluh kerana kerja adalah pewangi, dan pujiaan yang baik adalah wewangian yang semerbak.
16. Kebahagiaan itu adalah ketika mushaf menjadi kawan anda, kerja anda menjadi kesukaan anda, rumah anda menjadi tempat ibadah anda, dan perbendaharaan anda adalah sifat qanaah anda.
17. Kebahagiaan kerana makanan dan harta adalah kebahagiaan kanak-kanak, sementara kebahagiaan dengan pujian yang baik adalah kebahagiaan orang-orang besar, dan perbuatan yang baik adalah keagungan yang tidak akan lenyap.
18. Sembahyang di waktu malam adalah keagungan siang hari, senang memberi kebaikan kepada orang lain adalah satu bentuk kebersihan hati, dan menunggu pertolongan dari Allah adalah ibadah.
19. Dalam musibah itu terdapat empat seni, iaitu mencari pahala dari Allah, berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik, dan menunggu kelembutan dari Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment